Photobucket
WELCOME FRIENDS TO MY BLOGSPOT LUV U ALL

perjalanan cinta kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ikhlas

Ikhlas


“ Akak…akak tolong ummi ya”

Suara ummi kedengaran memecahkan keheningan pagi. Aku menoleh ke tepi. Memandang ruang makan. Ummi nak aku tolong masak? Aku pantas bergerak mendapatkan ummi.

“ Tolong apa ummi? Maisarah boleh je” Sebenarnya itu basa-basi saja. Aku nak rehat sebenarnya. Aku baru balik semalam dari kampus. Letih wo…

“ Solehah anak ummi ni” Ummi memegang kepalaku. Aku tersenyum. “ Akak tolong ummi macam biasalah, taip menaip computer” Aku dah agak dah.

“ Kali ini taip apa pula ummi?” Aku bergerak menuju ke meja komputer. Komputer yang damai berada di atas mejanya itu sudah sedia terbuka. Memang komputer ni jarang ditutup melainkan halilintar sabung menyabung di langit. Uih…bahasa lagenda pulak aku ni…he he

“ Taipkan kertas soalan untuk exam, boleh?” Ummi bergerak mengikutiku. Aku senyum aje.

“ Boleh sesangat” Aku duduk di hadapan komputer. “ Instruction?” Aku memandang ummi sambil mengangkat kening tanda aku dah sedia buat kerja dia waktu tu jugak. Ummi senyum balik.

“ Kejap ummi ambil” Ummi segera menuju ke rak tempat fail-fail kerjanya bertapa. Aku pula pantas mengambil peluang yang ada. Blog, friendster, yahoo messenger, e-mail dan pelbagai lagi akses internet yang sudah menjadi darah dagingku kubuka segera. He he…

****

Ummi memang sangat suka memberi kerja seperti ini kepada aku bila aku bercuti. Kata ummi, baik tolong ummi dari buat kerja entah apa-apa. Baik ummi…hehehe, dengan hasrat di hati, sambil buat kerja ummi, boleh lah nak chatting sekali, tengok email sekali, update blog sekali, macam-macam la sekali. Kata orang tua-tua, menyelam sambil minum air, tak pun, killing two birds with one stone.Bukan senang nak dapat komputer ni, adik beradik ramai. Semua kaki internet jugak. Jadi, kalau berlindung belakang kuasa agung seorang ummi, ha ha…aku dapatlah pakai dan melayahkan segala hajat. He he.

Apa-apa hal pun, kesian tengok ummi sebenarnya. Duduk lama-lama depan komputer. Kesian sangat tengok ummi buat kerja yang dia tak berapa suka. Ummi tak berapa suka menghadap komputer ini. Kecuali kalau TERPAKSA. Kalau ummi menaip, kerja yang boleh siap dalam masa dua jam jadi lebih lama. Silap-silap satu hari. Bukan nak merendahkan kebolehan ummi, tapi sebab ummi jarang sangat guna komputer, kemahiran menaip pantas tak terasah menjadi tajam.

Alhamdulillah ummi ada anak-anak yang ramai dan semuanya suka menghadap komputer berjam-jam, yang boleh menaip dengan lebih pantas.(hasil daripada latihan setiap hari membalas email, update blog, chatting dan buat kerja kursus, he he). Dan yang paling boleh diharapkan menyiapkan kerja ummi adalah aku. Sebab aku anak perempuan sulung. dengan aku dia boleh la cerita macam-macam. Kami kan

Diambil Dari Kisah Langit